Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Landasan bagi pencari pekerjaan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Dengan usaha untuk meningkatkan jumlah anak tempatan memasuki tenaga kerja dan bagi mencapai Wawasan Brunei 2035, kerjasama antara sektor awam dan swasta amat penting.

Penekanan itu dibuat oleh Ketua Sekretariat Tetap MPEC, Dr Hajah Siti Haziah binti Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dalam ucapan alu-aluannya di perasmian Pesta Kerjaya 2022 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX, Jerudong, hari ini.

Hadir untuk menyempurnakan perasmian Pesta Kerjaya berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

Dr Hajah Siti Haziah dalam ucapan alu-aluannya lagi mengongsi bahawa Pesta Kerjaya 2022 disertai oleh lebih 30 agensi kerajaan dan lebih 100 buah syarikat di mana ia bertujuan untuk memberikan landasan kepada pencari kerja tempatan berinteraksi bersama agensi-agensi yang terlibat bagi mencari pekerjaan.

Ia juga sebagai landasan bagi membimbing tenaga kerja tempatan dalam menghadapi perjalanan kerjaya mereka, tambahnya lagi.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin menyempurnakan perasmian Pesta Kerjaya 2022.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Awang Mohamed Riza dan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fisikal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina bergambar ramai dengan pegawai dan kakitangan MPEC.
Dato Seri Paduka Awang Mohamed Riza semasa berkunjung ke petak pameran Kumpulan QAF Brunei.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin menyempurnakan perasmian Pesta Kerjaya 2022 dan seterusnya melawat ke pameran-pameran oleh agensi-agensi yang terlibat dalam pesat berkenaan.

Pesta Kerjaya 2022 diadakan di Dewan 1 dan 2, Dewan Persidangan Antarabangsa BRIDEX, Jerudong bermula 23 November hingga 27 November dari pukul 9 pagi hingga 5 petang kecuali pada Jumaat, ia akan dibuka pada pukul 2:30 petang hingga 5 petang.

Terdapat lebih 2,500 peluang pekerjaan yang menawarkan peluang menarik bagi para pencari kerja tempatan di semua peringkat untuk meneroka peluang kerjaya yang ada dalam industri IT, minyak dan gas, pembinaan, peruncitan, makanan dan minuman (F&B).

Peluang pekerjaan juga ditawarkan kepada orang kelainan upaya (OKU) sebagai salah satu inisiatif yang inklusif di tempat kerja.

Di samping itu, terdapat banyak aktiviti menarik bagi para pengunjung di segenap peringkat umur termasuk pameran, temuduga terbuka, klinik bagi tips penulisan CV dan temu duga, pelbagai taklimat menarik dan demonstrasi secara langsung serta permainan menarik.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -