Landasan dibersihkan untuk terima bantuan kecemasan

WELLINGTON, 19 JAN – Tonga telah membersihkan debu tebal daripada landasan lapangan antarabangsanya hari ini selepas menjalankan usaha pembersihan selama beberapa hari bagi menerima bantuan kecemasan yang sangat diperlukan untuk tiba di negara terpinggir dan dilanda bencana itu.

Koordinator krisis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jonathan Veitch memberitahu AFP bahawa landasan di Pasifik Kingdom di pulau utama, sebelum ini dilitupi oleh debu setebal dua hingga empat inci, sekali lagi beroperasi.

“Ia telah dibersihkan namun belum digunakan,” katanya, dan menambah bahawa Tonga mungkin menerima penerbangan daripada Australia dan New Zealand esok.

Setakat ini, tiga orang terkorban apabila gunung berapi Hunga Tonga-Hung Ha’apai meletus pada Sabtu, mengakibatkan gelombang tsunami yang memusnahkan kediaman dan mencetuskan banjir. – AFP