Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Landskap ancaman siber dalam negara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Keselamatan siber dalam kehidupan hari ini adalah perkara yang mustahak sama ada dalam ekonomi digital mahu pun transaksi dalam talian memandangkan ancaman siber semakin meningkat seiring dengan kemajuan pesat teknologi masa kini.

    Syarikat-syarikat antarabangsa, serantau dan Negara Brunei Darussalam juga tidak terlepas daripada ancaman siber tersebut.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Ketua BruCERT dan Cyber Watch Centre, Haji Mas Zuraime bin Haji Abdul Hamid semasa menyampaikan pembentangannya yang bertajuk Landskap Ancaman Siber di Negara Brunei Darussalam, pada petang tadi di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas sempena Minggu Teknologi Digital 2022 Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (MYCE 2022) yang bermula pada hari ini.

    Haji Mas Zuraime telah mengongsikan beberapa dapatan yang menunjukkan insiden ancaman siber berlaku di rantau ASEAN pada tahun 2020. Ia termasuk pelanggaran data yang melibatkan 1.1 juta akaun RedMart pada bulan Oktober 2020.

    Di samping itu, serangan malware atau lebih dikenali sebagai ransomware juga dilaporkan berlaku di rantau ini.

    Pada masa yang sama, beliau turut mengongsikan dapatan statistik secara menyeluruh yang diperoleh oleh BruCERT mengenai kes yang berlaku di Negara Brunei Darussalam setakat bulan Mei.

    Menurutnya, antara ancaman siber yang dilaporkan di negara ini adalah mengenai isu dalam media sosial diikuti oleh insiden yang berkaitan scam atau penipuan, peras ugut seksual (sextortion) dan buli siber.

    Sementara itu, kes-kes yang melibatkan ancaman siber yang berlaku di rantau ini termasuklah kes penipuan, malware dan serangan siber.

    Antara yang hadir semasa pembentangan bertajuk Lanskap Ancaman Siber di Negara Brunei Darussalam yang disampaikan oleh Haji Mas Zuraime.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...