Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Langkah antiwabak Beijing wajar dicontohi – Menteri Thailand

    BANGKOK, 9 FEB – Langkah tegas dan ketat menangani penularan wabak COVID-19 sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing merupakan pendekatan boleh dicontohi negara lain yang bakal menganjurkan acara berprestij secara tertutup, kata Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn kepada Kumpulan Media China (CMG), kelmarin.

    Beliau berkata, langkah membendung penularan wabak yang diambil Beijing bertujuan memastikan temasya sukan itu berjalan lancar.

    “Pergerakan keluar masuk antara premis penginapan dan latihan dilakukan menggunakan laluan khas yang telah ditetapkan.

    “Saya berpendapat pe-nganjuran temasya itu sempurna dan boleh menjadi contoh baik kepada penganjur acara antarabangsa lain,” katanya sambil mengimbas kembali detik melawat ke tempat latihan di Beijing.

    Phiphat turut menyifatkan pembukaan Olimpik Beijing sebagai sambutan gilang-gemilang dengan pelbagai persembahan berasaskan teknologi canggih.

    “Konsep mesra alam terserlah semasa majlis pembukaan, yang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

    “Disebabkan cuaca agak sejuk di Beijing, pihak penganjur telah menyediakan skarf, topi dan sarung tangan kepada kami (tetamu asing), ia cukup mengharukan,” tambah beliau.
    – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...