Langkah baharu elak salah laku

SAN FRANCISCO, 9 Nov – Google kelmarin telah merangka beberapa perubahan dalam mengendalikan aduan salah laku seksual dan berharap dapat meredakan kemarahan yang mencetuskan kempen pekerja seluruh dunia pada minggu lepas.

“Kami tahu bahawa kami tidak selalu menyelesaikan sesuatu perkara dengan betul pada masa lalu dan kami memohon maaf,” beritahu ketua eksekutif, Sundar Pichai dalam satu mesej kepada para pekerja yang dikongsikan bersama AFP.

“Ia jelas bahawa kami perlu membuat beberapa perubahan.”

Penimbangtaraan dakwaan salah laku akan menjadi pilihan bukannya satu kewajipan, menurut Pichai, satu langkah yang menamatkan penyelesaian sebulat suara yang gagal untuk mengenal pasti tertuduh yang melakukan gangguan.

“Google tidak memerlukan kerahsiaan dalam proses penimbangtaraan dan ia masih menjadi laluan yang terbaik untuk beberapa sebab (seperti privasi peribadi, proses jangkaan) tetapi kami mengambil maklum bahawa pilihan itu tertakluk kepada anda,” menurutnya seperti dalam memo.

Gambar fail pada 4 Oktober 2017 menunjukkan Sundar Pichai semasa berucap di Pusat SFJAZZ, California. Pichai telah merangka beberapa perubahan untuk bagaimana Google mengendalikan aduan gangguan seksual. – AFP

Pichai berjanji bahawa Google akan lebih telus dengan cara situasi dikendalikan dan menyediakan bantuan yang lebih baik dan jagaan bagi sesiapa yang mempersoalkan isu seperti itu dengan syarikat tersebut.

Google akan menyediakan ‘butiran yang lebih banyak,’ mengenai siasatan gangguan seksual dan akibatnya, menurut Pichai.

Bahagian ‘Laporan Siasatan’ dalaman akan memfokuskan kepada gangguan seksual bagi menunjukkan jumlah perkara-perkara yang telah disahkan termasuk tindakan trend dan disiplin, menurut syarikat yang berpangkalan di California itu.

Menurut beliau, Google sedang menggabungkan system aduan dan proses mengendalikan situasi itu termasuk menyediakan bantuan kepada individu dan kaunselor.

Google akan mengemaskini latihan mandatori gangguan seksual dan ia diperlukan setiap tahun bukannya setiap dua tahun. – AFP