Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Langkah COVID seterusnya?

    Kes COVID Brunei semakin terkawal dan kini jangkitan cacar monyet pula dihebohkan setelah ia menjadi epidemik global dan kerajaan Brunei turut mengambil langkah berwaspada dengan menilai kemungkinan mendapatkan vaksin cacar monyet.

    Di seluruh dunia, COVID juga semakin terkawal dan lebih kepada demam biasa saja.

    Sehubungan itu, adakah Brunei akan bergerak ke arah langkah-langkah lain dalam pengendalian COVID ini? Misalnya melonggarkan mandat penggunaan pelitup muka dalam bangunan? Jika ada, bilakah masanya yang sesuai?

    Saya turut perhatikan, ada kalanya acara-acara dalam bangunan, terdapat pihak yang tidak memakai pelitup muka.

    Satu lagi, berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan swab ART di sekolah juga sepatutnya dikurangkan kepada mungkin seminggu dua kali sahaja terlebih dahulu dan beransur-ansur satu kali sahaja akhirnya?

    Ini kerana setiap tiga kali seminggu, hidung kanak-kanak akan dicalit untuk tujuan itu.

    Memandangkan mereka masih kecil (kecuali pelajar sekolah menengah), penggunaan berterusan kemungkinan boleh memudaratkan mereka satu hari kelak.

    Sehubungan itu, jika ada langkah-langkah seterusnya tentang COVID ini, bolehlah diuar-uarkan melalui sidang media.

    Eye-eye COVID

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...