Langkah keselamatan di Tasek Lama

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Sebagai langkah berjaga-jaga dan bersama-sama membendung wabak COVID-19, Jabatan Bandaran mengambil langkah pro-aktif dengan melakukan pemeriksaan suhu badan bagi para pengunjung yang ingin melakukan aktiviti riadah di Taman Rekreasi Tasek Lama.

Pemeriksaan suhu badan dilakukan di laluan masuk ke taman rekreasi berkenaan.

Jumlah kemasukan pengunjung tidak dihadkan namun bagi mereka yang datang secara berkumpulan perlu mematuhi arahan terhadap penjarakan sosial iaitu sekurang-kurangnya satu meter.

Dalam hal ini, orang ramai digesa supaya memberikan kerjasama untuk memastikan proses pemeriksaan suhu berjalan dengan lancar.

Pemeriksaan suhu badan dilakukan di laluan masuk Taman Rekreasi Tasek Lama.