Thursday, June 1, 2023
34.4 C
Brunei

    -

    Langkah keselamatan tidak akan dilonggarkan

    KOTA KINABALU, 30 MAC – Langkah keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) tidak akan dilonggarkan sama sekali meskipun kawasan berkenaan kini berada dalam keadaan yang selamat dan tenang.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Acyrl Sani Abdullah Sani berkata anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) tidak akan bersikap sambil lewa dalam situasi tenang kini dan sikap itu menunjukkan isyarat bahawa pasukan keselamatan tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dalam menjaga keselamatan negara.

    “Pihak berkuasa akan terus melipatgandakan usaha supaya kita tidak terperangkap dalam keadaan tidak bersiap sedia, itu yang sangat mustahak. Alhamdulillah, apa yang kita alami sekarang ini adalah keadaan tenang dan terkawal.

    “Kawasan pesisir Pantai Timur Sabah ini memang terdedah kepada pelbagai ancaman bukan sahaja di perbatasan tetapi juga isu melibatkan beberapa tuntutan daripada pihak tertentu yang sentiasa mendatangkan masalah dari aspek kesejahteraan dan keselamatan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas antara Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah yang bersara wajib kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun yang memangku jawatan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kepayan, di sini hari ini. – Bernama

    Tan Sri Acyrl Sani Abdullah Sani. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -