Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Langkah pencegahan TAP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Dalam menangani penyebaran jangkitan COVID-19, Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa langkah keselamatan dan pencegahan bagi menangani penyebaran wabak diambil menurut tindakan yang diarahkan dan dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan.

    TAP dalam kenyataannya menjelaskan, antara langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk menggalakkan ahli-ahli TAP dan majikan-majikan untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan dalam talian TAP, e-Amanah di www.tap.com.bn dan Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.

    Selain itu, menjalankan kerja-kerja pembersihan secara kerap di persekitaran cawangan-cawangan dan premis TAP serta cecair pembersih tangan (hand sanitiser) dan pemeriksaan suhu akan disediakan di kesemua cawangan dan premis TAP.

    Sebarang perkembangan dan maklumat terkini mengenai TAP juga akan secara terus menerus dimaklumkan kepada ahli-ahli TAP dan majikan melalui media. Dalam pada itu, pelan kelangsungan perniagaan dan garis panduan bekerja dari rumah juga telah dilaksanakan dalam menangani risiko penularan jangkitan.

    Dalam hubungan ini, TAP memaklumkan operasi cawangan-cawangan TAP bermula pada 16 Mac 2020 iaitu dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu bagi cawangan ibu pejabat di ibu negara, Kuala Belait dan Tutong. Manakala itu, cawangan Daerah Temburong pula akan ditutup. Ahli-ahli Skim Tabungan Perumahan (STP) dan Skim SCP Bekerja Sendiri pula dinasihatkan untuk membuat pembayaran caruman bulanan melalui perbankan dalam talian dan bukti pembayaran hendaklah dihantar menerusi e-mel ke payments@tap.com.bn bagi pemprosesan selanjutnya.

    Ahli-ahli TAP juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai simptom-simptom, sentiasa menjaga kebersihan diri dan memakai atau menggunakan kelengkapan pencegahan yang bersesuaian sebelum mengunjungi mana-mana cawangan TAP.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda