Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Langkah pengawalan COVID pastikan acara sambutan selamat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Langkah-langkah pengawalan penularan jangkitan COVID tidak diabaikan semasa sambutan kemuncak upacara perbarisan sempena memperingati Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di sekitar ibu negara hari ini.

    Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan telah menempatkan pasukan saringan COVID bergerak atau Swabber Bergerak khusus bagi para tetamu, petugas upacara dan peserta perbarisan yang terlibat sejak awal pagi lagi.

    Wartawan Media Permata berkesempatan menemu bual salah seorang petugas Swabber Bergerak ini, Dayang Nur Afiqah Wasimah binti Awang Yahya (gambar) yang menjelaskan, tugas mereka adalah untuk memeriksa kod BruHealth golongan yang terlibat di mana hanya kod berwarna hijau dan kuning sahaja yang dibenarkan masuk kawasan padang di samping menyediakan khidmat calitan menggunakan kit ujian pantas antigen (ART) bagi mereka yang belum melakukannya.

    “Bagi yang sudah melakukan pemeriksaan ujian ART di rumah, mereka diperlukan menunjukkan bukti gambar. Namun jika seseorang didapati positif semasa acara, maka mereka dikehendaki terus melakukan pengasingan dan mengulangi ujian sekali lagi.

    “Sebanyak lima petak kawalan Swabber Bergerak telah tersedia di sekitar laluan masuk di sekeliling padang upacara dengan penglibatan lebih kurang 20 orang kakitangan secara umumnya,” jelasnya lanjut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...