BEIJING, 8 Mac – Sidang kemuncak Korea Utara di Vietnam pada minggu lalu merupakan satu ‘langkah penting’ ke arah pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea, kata menteri luar China hari ini, meskipun kritikan bahawa mesyuarat berakhir awal tanpa sebarang perjanjian.
“Rundingan Hanoi di antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berhak mendapat pengiktirafan sepenuhnya,” kata Menteri Luar Wang Yi pada persidangan akhbar mengenai isu sampingan mesyuarat tahunan badan perundangan China.
“Kami rasa seolah-olah mesyuarat ini merupakan langkah penting dalam mencari penyelesaian politik mengenai isu Semenanjung Korea,” kata Wang.
Kedua-dua “pemimpin mengatasi halangan untuk bertemu sekali lagi dalam perbincangan terus-terang itu sendiri melambangkan perkembangan positif yang mesti dipuji.”
Beliau menggalak kedua-dua negara supaya ‘bersabar’ dan mendapati banyak isu yang membabitkan semenanjung “tidak dapat diselesaikan semalaman.”

Sidang kemuncak Trump dan Kim berakhir pada 28 Februari selepas satu perbalahan berhubung jumlah pembatalan sekatan yang harus diberikan oleh Washington kepada Pyongyang sebagai tukaran kepada langkah pelucutan senjata nuklear. Tidak ada perjanjian yang dicapai.
Wang berkata China memilih pendekatan berperingkat untuk menamatkan program nuklear Utara sebagai tukaran kepada pengurangan dalam sekatan, bertentangan dengan permintaan AS yang menuntut Pyongyang menamatkan program dalam satu masa.
“Semua pihak perlu mempunyai jangkaan yang munasabah dan seseorang tidak harus menetap standard yang terlalu tinggi pada awal atau membuat tuntutan satu hala dan tidak realistik,” kata Wang.
“Pada pandangan China, kunci kepada penyelesaian isu adalah tidak menjadi tahanan sejarah dan memecah kitaran kesangsian,” kata beliau, dengan menambah China akan terus memainkan ‘peranan yang tidak dapat diganti’ dalam mempromosi rundingan.
China adalah satu-satunya sekutu utama Korea Utara dan pembekal utama minyak dan perniagaan yang mengekal ekonomi negara daripada terus terapung.
Bagaimanapun, beberapa tahun ini, China bersetuju untuk menambah sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke atas program nuklear Utara dan ujian peluru berpandu, walaupun Pyongyang belum menjalankan aktiviti sedemikian selama lebih setahun. – AP

































