Langkah wajibkan pendidikan hingga peringkat menengah kena masanya
LABUAN, 28 Jan – Rancangan Kementerian Pendidikan meminda Akta Pendidikan 1996 bagi menjadikan tanggungjawab ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah sehingga ke peringkat menengah sebagai mandatori, dilihat oleh seorang aktivis sosial sebagai kena pada masanya. Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah itu amat banyak membantu terutama buat kanak-kanak untuk memperoleh peluang yang saksama dalam

































