Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Lantikan kabinet baharu HK termasuk 4 yang disekat AS

    HONG KONG, 19 JUN – Beijing hari ini melantik anggota pentadbiran baharu Hong Kong, termasuk empat pegawai kanan yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS).

    AS mengenakan sekatan ke atas 11 pegawai Hong Kong dan Beijing dua tahun lalu selepas undang-undang keselamatan yang menyeluruh dikuatkuasakan bagi menghapuskan perbezaan pendapat di bandar separa autonomi itu.

    Tujuh anggota itu adalah pegawai Hong Kong termasuk empat yang akan terus berkhidmat dalam kabinet baharu iaitu bakal ketua, John Lee; Menteri Keselamatan, Chris Tang; Menteri Hal Ehwal Tanah Besar, Erick Tsang dan Ketua Setiausaha Pentadbiran yang baru dilantik, Eric Chan.

    Tiga lagi yang dikenakan sekatan ialah ketua polis bersara, Steven Lo; pemimpin bandar, Carrie Lam dan Setiausaha Kehakiman, Teresa Cheng, yang kini digantikan.

    Di bawah sekatan itu, Lam berkata beliau terpaksa menerima gajinya secara tunai kerana sekatan perbankan.

    Ketika memperkenalkan kabinet baharunya kepada pemberita hari ini, Lee berkata beliau ‘mencemuh terhadap apa yang dipanggil sekatan itu’ dan tidak memberi perhatian kepada perkara itu.

    “Sesetengah negara pembuli cuba menakut-nakutkan pegawai (Hong Kong) dengan langkah seperti sekatan, terutama selepas rancangan mereka untuk mensabotaj keselamatan wilayah kita gagal kerana langkah yang kita gunakan.

    “Ini menjadikan kami lebih berazam untuk terus melaksanakan tugas mempertahankan keselamatan wilayah,” kata Lee.

    Pelantikan 26 pegawai utama hari ini dibuat kurang dua minggu sebelum pentadbiran baharu memegang jawatan pada 1 Julai, ulang tahun ke-25 pemindahan Hong Kong daripada pemerintahan British kepada China, menuju ke arah model politik ‘Satu Negara, Dua Sistem’. – AFP

    John Lee (depan, tengah) bergambar bersama kabinet baharu di Hong Kong pada 19 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...