Lanun culik enam nelayan di luar Benin

SEOUL, 25 JUN – Lanun-lanun menculik lima warga Korea Selatan dan seorang rakyat Ghana selepas menaiki kapal nelayan mereka di luar Benin, menurut Kementerian Luar Negeri Seoul dan Biro Maritim Antarabangsa hari ini.

Panofi Frontier berbendera Ghana bersama 30 kru di dalamnya telah diserang kelmarin kira-kira 60 batu nautika bandar Cotonou, selatan Benin, menurut kedua-duanya. Kementerian Luar Negeri Seoul berkata lima daripada warganya telah diculik bersama seorang warga Ghana dan kapal itu mempunyai 24 lagi anggota kru di dalamnya.

“Pada masa ini, identiti dan keberadaan para penculik tidak dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan, menambah ia masih bekerjasama dengan organisasi dan negara-negara relevan untuk pembebasan warga Korea. Biro Maritim Antarabangsa mengesahkan serangan oleh ‘lanun bersenjata’ dan mengeluarkan amaran kepada para pelaut. – AFP