Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Laos akan jual elektrik kepada Singapura

    VIENTIANE, 20 JUN – Laos tidak lama lagi akan mula menjual elektrik kepada Singapura di bawah Projek Integrasi Kuasa Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP).

    Menurut laporan akhbar harian Vientiane Times hari ini, sejumlah 100mW akan dibekalkan oleh Laos ke Singapura.

    Perjanjian pembelian kuasa itu ditandatangani di ibu kota Laos, Vientiane pada Jumaat oleh Pengarah Urusan Electricite du Laos (EDL) milik kerajaan, Chanthaboun Soukaloun dan Pengarah Eksekutif Keppel Infrastructure Holdings, Janice Bong.

    Majlis penandatanganan berkenaan dihadiri oleh Menteri Tenaga dan Lombong Laos, Daovong Phone-keo, Timbalan Menteri Kewangan, Phouthanouphet Saysombath, Duta Singapura ke Laos, Leow Siu Lin, pegawai-pegawai kerajaan dan perwakilan kedua-dua pihak.

    Pada September 2014, Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura telah meneroka idea perdagangan kuasa melangkaui negara-negara jiran menerusi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Grid Kuasa ASEAN (APG), Chanthaboun berkata.

    “Mulanya, ini hanya satu idea, visi, impian dan matlamat untuk mengu-kuhkan rangkaian integrasi kuasa di rantau ini,” ujarnya lagi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...