Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Laos bangunkan 58 loji tenaga solar

    VIENTIANE, 1 FEB – Sebanyak 58 loji tenaga solar telah siap dibina atau masih dalam pembinaan di seluruh Laos dengan kapasiti pemasangan keseluruhan 7,656 MW, menurut laporan akhbar Vientiane Times, hari ini.

    Sebanyak lapan loji telah disiapkan dan 50 masih dalam pembinaan, menurut laporan.

    Menteri Tenaga dan Perlombongan melaporkan perkembangan di buat di kawasan-kawasan di pembangunan semasa pertemuan baru-baru ini untuk membincangkan arah pembangunan tenaga solar dengan pihak berkuasa di peringkat pusat dan tempatan.

    Pertemuan membincangkan dasar dan langkah bagi pembangunan tenaga solar, yang bertujuan untuk mengurangkan jumlah pembelian elektrik dari negara luar. Bercakap semasa pertemuan, Menteri Tenaga dan Perlombongan, Daovong Phonekeo berkata tenaga solar adalah strategi penting menuju pembangunan tenaga mampan.

    Penjanaan elektrik yang dipelbagaikan dan kos efektif akan memberikan sumber tenaga yang stabil dan kuat bagi penggunaan eksport dan domestik, tambahnya. Laos sedang mengharungi perubahan sosio-ekonomi yang pesat dan memberikan sumber tenaga yang mencukupi adalah faktor penting dalam respons pembangunan berterusan.

    “Dengan kecanggihan tenaga solar di Laos, ia semakin jelas bahawa lebih ramai peniaga tempatan dan luar yang berminat untuk membuat pelaburan dalam bidang ini,” kata Daovong. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...