Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Laos bersedia bagi kemungkinan penularan cacar monyet

    VIENTIANE, 27 JULAI – Kementerian Kesihatan Laos akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk menangani kemungkinan penularan kes cacar monyet, menerusi pemantauan dan persediaan peralatan perubatan termasuk sebuah makmal yang dilengkapi kemudahan untuk mengesan virus tersebut.

    Kebimbangan mengenai virus itu meningkat di Laos selepas kes-kes dikesan di negara-negara jiran, seperti Singapura dan Thailand.

    Kes-kes virus berkenaan adalah jarang dan simptom biasanya sederhana dan akan hilang tanpa memerlukan rawatan, Rattanaxay Phetsouvanh, ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit di bawah Kementerian Kesihatan Laos, memberitahu sidang media pada Selasa.

    Bagaimanapun, simptom-simptomnya boleh teruk dalam sebilangan orang, seperti kanak-kanak, wanita hamil, atau mereka yang menderita sistem imun lemah disebabkan masalah kesihatan lain.

    Rattanaxay berkata tiada kes cacar monyet telah dilaporkan di Laos namun hospital-hospital di ibu kota Vientiane telah dimaklumkan mengenai kemungkinan kes-kes dan jika berlaku penularan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...