Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Laos bukan halangan mudah – Harith Haiqal

    KUALA LUMPUR, 16 FEB – Rekod kemenangan 1-0 ke atas Laos bukan jaminan kejayaan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menjelang pertembungan antara kedua-dua pasukan itu pada aksi Kumpulan B Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, Jumaat ini.

    Pemain pertahanan negara, Harith Haiqal Adam Afkar berkata Laos adalah antara pasukan yang kuat dan ini terbukti sewaktu beliau dan rakan sepasukan berjaya melakar kemenangan tipis pada pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Mongolia, Oktober lalu.

    Bagaimanapun, katanya, skuad negara tidak mempunyai pilihan selain memenangi perlawanan di Stadium Prince di Phnom Penh, Kemboja itu nanti, bagi mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan tersebut.

    “Seperti kita tahu, perlawanan di Mongolia pun Laos bukan satu pasukan yang senang, mereka bertahan dengan sangat bagus dan kami pun menang (tipis) 1-0. Jadi bagi saya, semua pemain tidak boleh ambil mudah dan anggap Laos sebagai satu pasukan yang senang untuk kita lawan,” katanya pada sidang media secara maya dari Phnom Penh hari ini.

    Saingan Kumpulan B kini hanya melibatkan Malaysia dan Laos, selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri daripada kejohanan berikutan penularan COVID-19 dalam pasukan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...