Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Laos hadapi krisis minyak

BANGKOK, 10 MEI – Barisan panjang kenderaan untuk membeli minyak dilihat di jalan-jalan raya Vientiane beberapa hari kebelakangan ini ketika Laos bergelut dengan krisis bahan api yang semakin memburuk.

Beberapa tempat negara komunis yang terasing itu telah mengalami kekurangan selama berminggu-minggu, menurut media kerajaan, tetapi pada Isnin pam-pam minyak di ibu negara mula berkurangan.

Para pengimport telah terjejas dengan kejatuhan mata wang kip sejak September, digabung dengan simpanan pertukaran asing yang rendah dan peningkatan harga mi-nyak, didorong oleh peperangan di Ukraine.

Dara Khiosompon, pengurus Settah Travel, memberitahu AFP hari ini bahawa syarikat itu bergelut untuk mengisi minyak bas-bas pelancongannya.

“Pemandu-pemandu kami memadu ke stesen minyak pertama dengan barisan panjang dan bahan api habis apabila tiba gilirannya. Jadi dia pergi ke dua lagi stesen minyak yang ketiadaan bahan api. Dia mendapat minyak kami di stesen keempat, di luar bandar,” katanya.

Stesen-stesen minyak mengehadkan pelanggan kepada maksimum 500,000 kips (AS$40), yang membeli kurang daripada 30 liter bahan api, katanya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -