Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos, India tonik terbaik Harimau Malaya hadapi dua kejohanan – Pau

    KUALA LUMPUR, 11 NOV – Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, Pau Marti Vicente menyifatkan perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Laos dan India bakal menjadi tonik terbaik anak buahnya mengharungi dua kejohanan berbeza.

    Beliau berkata kedua-dua pasukan berkenaan akan memberikan pengalaman berguna kepada skuad Malaysia menghadapi saingan Piala ASEAN pada Disember ini, dan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 tahun hadapan.

    “Ini adalah peluang terbaik kami untuk bermain dalam dua perlawanan dengan dua pendekatan berbeza. Kami akan menggunakan perlawanan menentang Laos sebagai persiapan Piala ASEAN, manakala India menghadapi Kelayakan Piala Asia 2027.

    “Saya menjangkakan dua perlawanan sukar di tempat lawan (persahabatan menentang Laos dan India), tetapi ia bagus untuk kami, dan kami banyak belajar daripada dua perlawanan sebelum ini (persahabatan) di New Zealand,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan rasmi Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.

    Malaysia menghuni tangga ke-133 dalam ranking dunia, manakala India dan Laos masing-masing di kedudukan ke-125 dan ke-187. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda