Laos kesan satu lagi kes jangkitan COVID-19

VIENTIANE, 6 APRIL – Satu lagi kes jangkitan COVID-19 telah disahkan di Laos, membawa jumlah keseluruhan kes disahkan di negara itu seramai 12 orang.

Timbalan Menteri Kesihatan Laos, Phouthone Meaungpak memberitahu sidang media hari ini kes baharu itu melibatkan wanita berusia 20 tahun yang tinggal di bandar yang pulang ke Laos dari Britain.

Pesakit itu diterbangkan dari Britain pada 22 Mac dan tiba di Laos pada 23 Mac. Selepas 14 hari kuarantin di rumahnya, dia pergi ke Hospital Mittaphab bagi ujian COVID-19 dan dia diuji positif.

Pesakit itu dirawat di Hospital Mittaphab dan keadaannya tidak serius.

Setakat hari ini, Laos telah mengesan 12 kes jangkitan COVID-19. Sembilan daripadanya dirawat di hospital khas – Hospital Mittaphab (150 Hospital), dan tiga kes lain dirawat di hospital wilayah Luang Prabang.

Kesemuanya tidak dalam keadaan serius, dan rawatan tetap dilaksanakan, kata pegawai kesihatan Laos. Laos mengesan dua kes pertama COVID-19 pada 24 Mac. – Xinhua