Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Laos mulakan suntikan dos keempat pada April

    VIENTIANE, 28 MAC – Bermula April, Kementerian Kesihatan Laos merancang untuk menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada petugas kesihatan dan individu yang berisiko menghidap penyakit serius untuk melindungi kumpulan yang terdedah daripada varian Omicron.

    Suntikan penggalak itu bertujuan meningkatkan tahap antibodi terhadap virus berkenaan, yang akan mengurangkan risiko penyakit teruk, Xinhua memetik laporan harian tempatan Vientiane Times pada Isnin.

    Menurut laporan itu, dos keempat akan ditawarkan kepada pekerja barisan hadapan, golongan yang mengalami masalah imun atau penyakit kronik, dan penduduk yang berumur 60 tahun ke atas. Vaksinasi tambahan itu juga akan dilaksanakan di wilayah yang sangat bergantung kepada pelancongan atau wilayah dengan kadar jangkitan tinggi.

    Suntikan vaksin Pfizer dan AstraZeneca akan ditawarkan kepada orang yang menerima dos ketiga sekurang-kurangnya tiga bulan lalu.

    Kumpulan kedua yang bakal menerima dos keempat ialah anggota polis, petugas di sempadan, diplomat, dan pekerja yang memasuki negara itu.  Diikuti kumpulan yang bekerja di tempat yang sesak seperti bank, perniagaan berkaitan pelancongan dan kilang, serta orang awam.

    Pihak berkuasa kesihatan bimbang Omicron mungkin merebak ke seluruh negara, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun yang tidak divaksin.

    Menurut Pusat Maklumat dan Pendidikan untuk Kesihatan, 75.72 peratus daripada populasi yang layak sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19, 60.4 peratus memperoleh dos kedua, dan 16 peratus dengan tiga dos. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...