VIENTIANE, 25 DIS – Kerajaan Laos hari ini terus memantau orang-orang yang memasuki Laos dari luar negara dalam usaha mencegah gelombang kedua COVID-19 di negara ini, menurut seorang pegawai kesihatan.
Risiko masih tinggi bagi Laos dilanda gelombang kedua COVID-19 memandangkan beberapa buah negara jiran terus memerangi wabak tersebut, kata Timbalan Pengarah Urusan Jabatan Pengawalan Penyakit Berjangkit di bawah Kementerian Kesihatan, Sisavath Southhaniraxay dalam satu sidang media ringkas di Vientiane, Laos.
Kelmarin, sejumlah 3,165 orang memasuki Laos melalui pos kawalan sempadan antarabangsa dengan suhu badan mereka diperiksa.
Jawatankuasa Khas Kebangsaan bagi Pengawalan dan Pencegahan COVID-19 dalam pada itu menggesa orang ramai terus mematuhi panduan kesihatan pandemik COVID-19 termasuklah kerap mencuci tangan dan memakai penutup mulut dan hidung apabila keluar dan berada di tempat sesak.
Jumlah kes keseluruhan di Laos kekal 41 dan 37 orang pesakit sudah pun pulih daripada penyakit tersebut, menurut data. Empat lagi kes aktif masih dirawat di Hospital Mittaphab. – Xinhua






























