Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos pastikan keselamatan jalan raya sepanjang sidang kemuncak ASEAN

    VIENTIANE, 12 SEPT – Kementerian Keselamatan Awam Laos menganjurkan sesi latihan bagi pegawai polis trafik demi memastikan keselamatan ketat semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta mesyuarat berkaitan.

    Seramai 180 pegawai menyertai latihan yang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane dari 10 hingga 15 September, lapor Xinhua memetik Lao Security News hari ini.

    Latihan itu bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di laluan yang menuju ke lokasi mesyuarat, tempat penginapan, kedutaan, pejabat dan kawasan-kawasan lain, agar para delegasi dapat melakukan perjalanan dengan selesa.

    Latihan itu memberikan tumpuan kepada persiapan pegawai untuk menyelaras dengan pihak berkaitan sekiranya berlaku kemalangan dan halangan jalan raya.

    Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 dijadual berlangsung di Vientiane pada Oktober. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda