Thursday, September 19, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos perkukuh usaha perlindungan IP

    VIENTIANE, 8 OGOS – Laos melancarkan Portal Harta Intelek (IP) yang dikemas kini, sebuah laman sesawang yang memperkasakan perniagaan untuk melindungi inovasi dan kreativiti mereka sambil memupuk ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya saing.

    Laman sesawang ini bertujuan untuk menyelaras proses permohonan bagi usahawan, dengan menyediakan panduan jelas mengenai hak harta intelek, lapor Xinhua memetik laporan Lao Economic Daily pada hari ini.

    Pelancaran Portal IP ini merupakan kemajuan penting bagi memperkukuh komponen harta intelek di Laos, dengan mewujudkan persekitaran yang menyokong inovasi, kreativiti dan menarik pelaburan asing.

    Portal IP ini akan memainkan peranan penting dalam memastikan hak harta intelek, menggalakkan inovasi, menarik pelaburan dan merangsang pembangunan ekonomi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda