Laos terus pantau kemasukan orang ramai

VIENTIANE, 20 JULAI – Kerajaan Laos terus memantau rapi orang ramai yang memasuki negara itu bagi mengelak gelombang kedua wabak COVID-19, menurut laporan Kementerian Kesihatan Laos hari ini.

Negara itu tidak melaporkan sebarang kes baharu COVID-19 dalam masa tiga bulan. Walau bagaimanapun, orang ramai yang memasuki Laos perlu dihantar ke pusat kuarantin selama 14 hari dan suhu badan setiap orang yang memasukinya akan diperiksa.

Pada Ahad, sejumlah 1,654 orang memasuki Laos melalui sempadan antarabangsanya. Daripada jumlah itu, 663 orang memasuki sempadannya dari Thailand.

Sejumlah 23 orang memasuki Laos dari China, manakala 761 memasuki Laos dari Vietnam dan lima orang masuk dari Kemboja.

Sejumlah 202 orang masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di ibu negara. Jawatankuasa Petugas Khas Kebangsaan bagi Pencegahan dan Pengawal COVID-19 hari ini mengumumkan ia memantau 2,944 orang di 70 pusat penginapan kuarantin di seluruh negara. – Xinhua