Lapan diculik dari rumah anak yatim

ABUJA, 26 JAN – Tujuh kanak-kanak dan seorang dewasa diculik dari sebuah rumah anak yatim oleh penculik tidak dikenali di luar ibu negara Nigeria, Abuja, kata polis semalam.

Berusia di antara sembilan dan 14 tahun, kanak-kanak dari rumah anak yatim di Abuja ‘diculik di antara 1 dan 2 pagi pada Sabtu oleh 25 lelaki,” beritahu Rachel Alaje, pemilik Rumah Anak Yatim Rachel, kepada AFP menerusi teks.

Jurucakap polis Mariam Yusuf mengesahkan kejadian itu dan berkata polis telah melancarkan ‘operasi strategik untuk memastikan kanak-kanak itu diselamatkan.’

Alaje berkata dia menerima permintaan untuk membayar 10 juta naira untuk pembebasan anak yatim berkenaan. – AFP