Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Lapan didapati miliki pas kerja mansuh

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan JIPK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Pegawai dan anggota Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPD) telah menjalankan Operasi Sepadu Pencegahan Jenayah yang menumpu pada dua lokasi di kawasan tadahan Daerah Belait pada 31 Disember 2021.

    Hasil daripada pemeriksaan dan operasi yang dijalankan, JIPK telah mengeluarkan special pass kepada lapan lelaki warganegara asing kerana didapati mempunyai pas kerja yang telah mansuh.

    Agensi-agensi penguatkuasa akan sentiasa teguh terhadap penekanan undang-undang di negara ini dalam matlamat untuk bersama membendung, mengesan serta membanteras kegiatan-kegiatan yang cuba meruntuhkan akhlak serta menggugat kesejahteraan mahupun keamanan di negara ini.

    Pegawai penguat kuasa mengadakan Operasi Sepadu Pencegahan Jenayah di salah satu lokasi di Daerah Belait baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...