Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Lapan dipenjara keluarkan laporan palsu ujian COVID

    DHAKA, 19 JULAI – Mahkamah Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun kepada lapan orang pesalah kerana mengeluarkan ribuan laporan ujian negatif palsu koronavirus, menurut pendakwa raya.

    Firma perubatan swasta, JKG Healthcare telah mengumpulkan dan mengeluarkan keputusan palsu kepada kira-kira 16,000 orang, menurut kenyataan mahkamah di Dhaka.

    Pemilik firma, Ariful Haque Chowdhury dan isterinya, Sabrina, bersama-sama enam kakitangan yang lain, masing-masing dihukum penjara 11 tahun kerana penipuan dan pemalsuan, menurut pendakwa raya awam, Azad Rahman.

    “Mereka telah mengkhianati negara,” katanya kepada pemberita. “Ini adalah hukuman yang setimpal untuk mereka semua.”

    Hampir dua juta orang telah diuji positif dijangkiti koronavirus di Bangladesh, di mana sekurang-kurangnya 29,241 orang telah meninggal dunia sejak virus tersebut pertama kali di kesan pada Mac 2020, menurut data rasmi kerajaan.

    Pihak berkuasa kesihatan menghubungi firma tersebut untuk memberikan pesakit perkhidmatan ujian secara percuma, tetapi pertuduhan mendedahkan JKG telah mengeluarkan laporan negatif palsu kepada pesakit dengan mengenakan bayaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...