Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Lapan ekor ikan lumba-lumba mati terdampar di New Jersey

    NEW JERSEY, 22 MAC – Lapan ekor ikan lumba-lumba telah mati selepas terdampar di pantai di New Jersey, menurut pegawai kebajikan haiwan laut.

    Pusat Mamalia Marin berkata di Facebook pagi kelmarin bahawa sekumpulan lapan ekor lumba-lumba telah terkandas di Sea Isle City dan kakitangan serta doktor haiwan telah bertindak dengan bantuan pegawai tempatan. Pegawai berkata pada masa itu bahawa dua ekor ikan lumba-lumba telah mati.

    Pada petang kelmarin, pegawai mengumumkan enam ekor ikan lumba-lumba yang lain telah diperiksa oleh doktor haiwan dan keputusan dibuat untuk menghapus haiwan berkenaan melalui suntikan maut untuk mengelak lebih banyak penderitaan. Keadaan ikan tersebut semakin teruk sehingga keputusan untuk tidak melepaskannya semula ke laut telah diambil, menurut pegawai.

    Ikan lumba-lumba itu telah dibawa ke Makmal Negeri New Jersey untuk menjalani bedah siasat.

    “Kami turut bersedih bersama pihak awam terhadap kematian haiwan yang cantik ini, dan berharap bedah siasat akan membantu kami memahami sebab ia terkandas,” menurut kenyataan di Facebook. – AP

    Beautiful dolphin smiling in blue swimming pool water on clear sunny day. Dolphin portrait while looking at you while smiling
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...