Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lapan jam uji buah demi tuaian terbaik

    BEIJING – Membawa mesin penguji gula di tangannya, Zhao Yao, berjalan di sekitar ladang anggurnya untuk memeriksa sama ada anggur itu cukup manis untuk dituai.

    “Anggur Sunshine Muscat bukan mudah untuk ditanam.

    “Biasanya paras gula yang tinggi akan membuatkan rasanya enak,” kata Zhao yang berusia 20an, mengenai ladang anggur seluas 6.7 hektar di daerah Binchuan, wilayah Yunnan.

    “Menguji paras gula adalah langkah yang perlu untuk memastikan kualiti anggur memenuhi piawaian pasaran.”

    Untuk melakukan ujian, Zhao perlu membongkok semasa memeriksa dan dia sentiasa memetik anggur yang paling hampir dengan tanah.

    Dua ribu tandan anggur boleh diuji setiap hari, satu tugas yang mengambil masa sehingga lapan jam.

    “Paras gula yang ideal adalah antara 16 hingga 18 peratus sebelum anggur dituai untuk dijual ke pasaran,” katanya.

    Daerah Binchuan di Yunnan ialah pangkalan pengeluaran anggur Sunshine Muscat yang terkenal.

    Pada 2021, nilai sektor pertanian di Binchuan mencecah 13 bilion yuan (AS$1.89 bilion), terutamanya menanam anggur dan delima.

    “Petani boleh mengaut keuntungan asalkan harganya sekitar 20 hingga 30 yuan sekilogram,” kata Zhao.

    Kemudahan logistik dan penyimpanan sejuk yang lemah pernah menjejaskan industri pertanian di Binchuan.

    Pada separuh pertama tahun ini, kira-kira 480 juta yuan telah dipinjamkan untuk menyokong pusat logistik rantaian sejuk di sini.

    Industri ini juga menyediakan pekerjaan kepada petani tempatan untuk menyusun, menimbang, membungkus dan melabel anggur. – ANN/The China Daily

    Zhao Yao menguji paras gula anggur Sunshine Muscat miliknya di daerah Binchuan, wilayah Yunnan. – ANN/The China Daily
    Bacaan paras gula ditulis pada pembungkus anggur. – ANN/The China Daily

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...