Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Lapan lagi ingkari arahan berada di rumah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Lapan pelanggaran arahan telah dikesan semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara bermula 10 malam hingga 4 pagi tadi dan para pesalah telah dikenakan denda kompaun.

    “Lapan kesalahan berkenaan adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Sementara itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya menyatakan tiga kesalahan berkenaan didapati di Daerah Brunei dan Muara, empat di Daerah Tutong dan satu kesalahan di Daerah Temburong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...