Lapan mati ditembak semasa upacara pengebumian

BANDARAYA MEXICO, 3 SEPT – Lapan maut manakala 14 yang lain cedera dalam kejadian tembakan di Cuernavaca, bandar percutian hujung minggu yang popular di bandar itu, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai tempatan semalam.

Menurut saksi kejadian, penyerang tiba dengan menaiki kenderaan di sebuah rumah di kejiranan Antonio Barona dan melepaskan tembakan ke arah mereka yang sedang berkabung berikutan kematian seorang pemuda akibat nahas jalan raya.

Pejabat Peguam Negara Morelos dan polis negeri berkata dalam satu kenyataan, dua remaja, berusia 15 dan 16 tahun antara yang maut dalam serangan berlaku kira-kira pukul 10:40 malam waktu tempatan pada Selasa.

Empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala yang lain ketika dalam perjalanan ke hospital.

Tiga wanita dan 11 lelaki yang cedera, termasuk dua kanak-kanak turut dirawat di hospital. – Bernama