Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan maut, berpuluh cedera terlibat kebakaran

    LISBON, 14 Jan – Kira-kira lapan orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dan beberapa orang mengalami kecederaan serius, selepas satu alat pemanas meletup dan menjadi punca kebakaran lewat semalam di sebuah premis yang penuh sesak dengan persatuan penduduk tempatan di utara Portugal, menurut pegawai.

    Sebuah tambak kayu me-letup di bangunan setinggi dua tingkat di bandar Tondela, kira-kira 250 kilometer (150 baru) dari utara ibu negara Portugal di Lisbon, menurut datuk bandar Jose Gomes Jesus kepada wartawan. Pemerintah Agensi Perlindungan Awam Paulo Santos memberitahu stesen radio tempatan TSF, kira-kira 50 orang telah mengalami kecederaan.

    Para saksi memberitahu saluran televisyen tempatan, berkata kebakaran telah mencetuskan situasi panik di kalangan kira-kira 60 orang di dalam bangunan yang mengambil bahagian dalam kejohanan kad amatur malam semalam.

    Mereka mengatakan orang ramai bersesak-sesak melalui pintu keluar ketika asap tebal memenuhi bangunan itu. Berpuluh-puluh anggota bomba dan dua buah helikopter penyelamat berada di tapak kejadian dan membawa mangsa tercedera ke hospital.

    Pihak berkuasa tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan sebarang komen. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda