Lapan maut kebakaran rumah orang tua di Czech

PRAGUE, 19 JAN – Sekurang-kurangnya lapan orang meninggal dunia dan tujuh mengalami kecederaan selepas satu kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah orang tua di barat Republik Czech awal pagi tadi, pasukan penyelamat berkata.

“Saya dapat mengesahkan kebakaran tragis mengakibatkan lapan kematian dan tujuh mengalami kecederaan,” jurucakap perkhidmatan kecemasan, Prolkop Volenik memberitahu AFP.

Volenik berkata ia terlalu awal untuk mengulas mengenai penyebab kebakaran.

Dia menambah tujuh unit ambulan termasuk dua dari Jerman turut dikerahkan ke tempat kejadian di sebuah kampung kecil Czech di Vejprty yang terletak di sempadan Jerman kira-kia 100 kilometer (60batu) barat laut Prague.

Media Czech berkata helikopter penyelamat tidak membuat penerbangan berikutan cuaca buruk di kawasan pergunungan itu. – AFP

Pasukan bomba ketika berada di hadapan rumah, di mana lapan orang yang mengalami masalah mental dan kecacatan meninggal dunia dan mencederakan tiga yang lain dalam kebakaran tersebut. – AP