Lapan pejuang IS dijatuhi hukuman mati

KAHERAH, 25 FEB – Mesir telah menjatuhkan hukuman mati ke atas lapan orang lelaki akibat serangan maut oleh kumpulan Islamic State (IS) di gereja-gereja dan pos pemeriksaan polis, kata sumber kehakiman dan perubatan.

Para pesalah telah membuat rayuan terakhir terhadap hukuman mati yang ditolak pada Mei tahun lalu, dihukum mati waktu Subuh hari ini, kata sumber itu.

Mereka adalah antara 17 defendan yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tentera pada Oktober 2018 atas kesalahan mereka dalam serangan ke atas gereja-gereja di Alexandria, Kaherah dan Tanta dan pos pemeriksaan polis di barat daya Mesir, kata sumber kehakiman kepada AFP.

Sembilan orang lagi tertuduh tidak menghadirkan diri.

Empat serangan pada 2016 dan 2017, kebanyakannya menyasarkan orang Kristian, membunuh sejumlah 88 orang.

Pembunuhan semakin meningkat sejak Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengambil alih kuasa pada 2014 selepas menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi. – AFP