Lapan positif COVID-19 di EFL

LONDON, 18 JUN – Lapan orang dari enam kelab Liga Kejuaraan disahkan positif COVID-19, Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) mengumumkan semalam.

Sebanyak 2,213 ujian diambil terhadap pemain dan kakitangan dari 24 kelab divisyen kedua, yang akan disambung semula Sabtu ini.

Empat individu dari dua kelab Liga Satu yang bersiap untuk perlawanan play-off di-sahkan positif. Individu yang disahkan positif kini harus membuat pengasingan diri sesuai dengan garis panduan EFL dan tidak akan dibenarkan memasuki pusat latihan kelab sehingga mereka disahkan negatif.

Perlawanan liga divisyen dua bermula pada Khamis ini, sementara Liga Satu bermula pada 3 Julai. Pasukan Liga Kejuaraan Brentford, memulakan kembali musim mereka di London, menentang Fulham pada Sabtu ini, mengesahkan di akaun Twitter rasmi mereka bahawa salah seorang kakitangan mereka telah disahkan positif. – AFP