Lapan suspek guna inap desa edar dadah tumpas

MIRI, 14 April – Polis menahan lapan suspek pengedar dadah termasuk seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan di sebuah premis inap desa di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Sahar Abdul Latif berkata, dalam serbuan di tiga lokasi berasingan premis inap desa itu, syabu seberat 213.19 gram serta 31 biji pil erimin 5 seberat 9.77 gram turut dirampas.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah ialah RM25,965 manakala kereta mewah BMW 320i dan motosikal R25 bernilai keseluruhan RM65,000 turut disita,” katanya dalam satu kenyataan petang ini. – Bernama