Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan terbang Astana terbakar

    ASTANA, 27 FEB – Kebakaran di lapangan terbang antarabangsa Astana, Kazakhstan, menyebabkan kira-kira 24 penerbangan tertangguh, manakala para penumpang terpaksa dipindahkan, lapor Xinhua.

    “Kebakaran dilaporkan berlaku di pusat pensuisan Lapangan Terbang Antarabangsa Astana sekitar 7:50 pagi waktu tempatan, hari ini.

    “Pada 8:24 pagi, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.

    “Semua penumpang yang berada dalam terminal lapangan terbang telah dipindahkan ke tempat selamat,” menurut lapangan terbang itu dalam satu kenyataan di media sosial.

    Operasi memadam kebakaran melibatkan 23 jentera dan 58 anggota bomba.

    “Lapangan Terbang Antarabangsa Astana terus menerima ketibaan penerbangan.

    “Bagaimanapun, 18 penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Astana ditangguhkan,” menurut kenyataan itu.

    Penerbangan yang terjejas termasuk penerbangan ke UAE, Turkiye, Poland, Rusia dan destinasi-destinasi domestik. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda