Lapangan terbang Ghana dibuka semula bulan depan

ACCRA, 17 OGOS – Presiden Nana Akufo-Addo telah menyatakan bahawa lapangan terbang antarabangsa Ghana mungkin akan dibuka semula bulan depan setelah langkah-langkah ditetapkan untuk menjalani ujian COVID-19 setiap penumpang yang tiba.

“Saya tahu masih banyak yang bertanya bila sempadan kita, terutama lapangan terbang antarabangsa kita, Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka, akan dibuka,” kata Akufo-Addo dalam ucapan yang disiarkan di televisyen semalam.

“Atas arahan saya, Kementerian Penerbangan, Lembaga Penerbangan Awam Ghana dan Ghana Airports Co. Ltd., telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan agensi-agensinya untuk memastikan kesediaan kami untuk membuka semula lapangan terbang kami,” katanya. – AFP