Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Lapangan terbang Istanbul, paling sibuk di Eropah

    MOSCOW, 31 JAN – Lapangan Terbang Istanbul dinamakan lapa-ngan terbang paling sibuk di Eropah pada 2021 dengan hampir 37 juta penumpang, menurut laporan tahunan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) Eropah, lapor Sputnik.

    Meskipun trafik penumpang merentasi rangkaian lapangan terbang Eropah meningkat sebanyak 37 peratus pada 2021 berbanding 2020, ia masih kekal 59 peratus di bawah paras pra-pandemik 2019, kata laporan itu.

    Daripada lima senarai teratas secara keseluruhan, Lapangan Terbang Istanbul merupakan lapangan terbang tersibuk di Eropah pada 2021 dengan 36,988,563 penumpang, diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di Moscow dengan 30,943,456 penumpang, Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris dengan 26,201,698 penumpang, Lapangan Terbang Amsterdam Schipholported dan Lapangan Terbang Moscow Doirmoded. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...