Monday, October 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan terbang Jeju mula operasi

    PULAU JEJU, Seoul, 12 Jan – Lapangan terbang Jeju, Korea Selatan kembali beroperasi dan mula mengangkut lebih 7,000 penumpang yang terkandas akibat salji lebat.

    Perkhidmatan di lapangan terbang itu beroperasi semula selepas kerja-kerja mengalihkan salji dan ais dari landasan pada awal pagi selesai, lapor agensi berita Yonhap.

    Penerbangan pertama ke Gimpo, di barat Seoul, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju pada 7.30 pagi, memetik Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan.

    Bagaimanapun, beberapa penerbangan akan ditangguhkan untuk membolehkan kerja-kerja mengalihkan salji diteruskan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda