Lapangan terbang Liege terbakar

BRUSSELS, 23 JULAI – Satu kebakaran besar berlaku di lapa-ngan terbang bandar Liege di Belgium dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan, memetik media tempatan, lapor agensi berita Sputnik.

Kebakaran tercetus pada malam semalam di hangar syarikat Aeroservices, lapor penyiar Tele Liege. Menurut jurucakap lapangan terbang, Christian Delcourt, tiga penerbangan telah diarahkan menukar laluan ke lapangan terbang lain.

Ketika pasukan bomba bertindak memadam kebakaran, juruterbang dibenarkan membuat keputusan sama ada mendarat di Liege atau sebaliknya.

Lapangan terbang berkenaan kemudian mengesahkan tiada kecederaan, bagaimanapun, ia mengakibatkan kerosakan serius terhadap peralatan.

Punca kejadian belum diketahui. – Bernama