Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Lapisan nadir bumi terbesar Eropah dijumpai

    KIRUNA, SWEDEN, 12 JAN – Lapisan nadir bumi terbesar di Eropah, yang merupakan bahan utama untuk menghasilkan kereta elektrik, telah dijumpai kelmarin di utara Sweden, menurut syarikat perlombongan Sweden, LKAB.

    LKAB berkata lapisan yang baru diterokai itu, ditemui di sebelah lombong bijih besi, mengandungi lebih daripada satu juta tan nadir bumi oksida.

    “Ini merupakan lapisan nadir bumi terbesar yang dijumpai di sini, dan ia mampu menjadi bahan utama untuk menghasilkan bahan mentah kritikal yang semestinya penting untuk peralihan ke teknologi hijau,” kata ketua eksekutif LKAB, Jan Mostrom dalam satu kenyataan.

    “Kami berdepan masalah pengeluaran. Tanpa lombong, tidak akan ada kereta elektrik,” tambahnya.

    Jumlah penuh lapisan tersebut belum dapat dikenal pasti lagi.

    Mostrom berkata ia mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk menyelidik lapisan tersebut dan menentukan keadaan untuk melombong secara menguntungkan dan mampan.

    Mostrom (kiri) dan Busch semasa menghadiri siding media di LKAB di Kiruna, Sweden, kelmarin. – AFP

    Ditanya bilakah lapisan tersebut dapat dilombong, Mostrom berkata ia bergantung pada berapa cepat permit dapat diperolehi.

    “Namun, berdasarkan pengalaman, ia akan mengambil masa selama 10 hingga 15 tahun,” katanya.

    Penemuan tersebut telah dibentangkan kepada delegasi daripada Suruhanjaya Eropah yang melawat Sweden, yang telah mengambil alih jawatan presiden Kesatuan Eropah (EU) pada awal tahun ini.

    Menteri Tenaga Sweden, Ebba Busch menyatakan keperluan mineral adalah bagus setelah EU berusaha untuk beralih kepada penghasilan bebas fosil.

    EU telah bersetuju untuk menamatkan pengeluaran kenderaan yang membebaskan asap menjelang 2035, sekali gus mengharamkan kereta dengan enjin petrol dan diesel. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...