Laporan analisis belum selesai, kes syabu ditangguh 6 Ogos

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Pihak pendakwaan hari ini mendedahkan di mahkamah bahawa laporan analisis dalam kes yang melibatkan seorang lelaki tempatan yang didakwa dengan pertuduhan memperdagangkan 1.2 kilogram Methamphetamine atau syabu masih lagi belum selesai.

Sehubungan itu, Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid telah menangguhkan kes tersebut ke tarikh 6 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pertuduhan terhadap Mas Fadillah bin Ibrahim, 32, masih belum selesai sementara menunggu laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Saintifik.

Sementara itu kes pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, ‘Adzimah Salleh manakala Peguam Bela Roy Prabhakaran daripada Messrs Yusof Halim & Partners mewakili Mas Fadillah.