Sunday, March 26, 2023
29.2 C
Brunei

-

Laporan APEC seru reformasi struktur, pemulihan lestari

BANGKOK, 16 NOV – Anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu memulakan pembaharuan struktur lestari dan menggalakkan pemulihan hijau daripada kelembapan ekonomi yang dicetuskan pandemik COVID-19, menurut laporan APEC hari ini.

Laporan Ekonomi APEC 2022, yang dikeluarkan menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC minggu ini mendapati perbelanjaan rangsangan fiskal anggota APEC untuk inisiatif hijau agak kecil dan kebanyakan pakej rangsangan dibelanjakan untuk aktiviti perniagaan.

Selain itu laporan berkenaan mendedahkan tindak balas kerajaan terhadap kejutan ekonomi boleh memberi dorongan dan menggalakkan pemulihan hijau yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan penambahbaikan terhadap alam sekitar, lapor Xinhua.

Jika sektor ekonomi dapat meningkatkan kecekapan, fleksibiliti dan daya tahan melalui pembaharuan struktur, rantau ini akan menjadi lebih kukuh dan lebih berdaya tahan, kata pengerusi Jawatankuasa Ekonomi APEC, James Ding. – Bernama

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha semasa merasmikan ‘Pameran Ekonomi bagi APEC BCG’ di Bangkok, baru-baru ini. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -