Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Laporan PBB beri amaran perubahan iklim

    WASHINGTON, 28 FEB – Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengejutkan mengenai perubahan iklam diterbitkan hari ini sepatutnya menjadi amaran untuk tindakan yang lebih agresif untuk melawan pemanasan global, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken.

    Ia “menunjukkan mengapa komuniti antarabangsa mesti segera menyahut tindakan perubahan iklim, meskipun kita berdepan dengan pelbagai cabaran global,” menurut Blinken dalam kenyataan.

    Hampir separuh pendudukan dunia adalah sangat terdedah kepada impak perubahan iklim, menurut laporan PBB, yang mengatakan kita kesuntukan masa untuk memastikan ‘masa depan yang boleh didiami’ untuk semua.

    Blinken berkata, “Keputusan politik dan ekonomi adalah pemacu utama kepada konflik, perubahan iklim akan meningkat sebagai ancaman kepada kestabilan global dan setempat.

    Laporan itu diterbitan pada hari yang sama Mahkamah Tinggi AS untuk mendengar kes peraturan alam sekitar yang berpotensi memberikan implikasi kepada pentabiran Presiden Joe Biden untuk melawan perubahan iklim. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...