Laporan PBB: kesan perubahan iklim lebih cepat dari ramalan

PARIS, 23 JUN – Perubahan iklim akan mengubah kehidupan di Bumi, meskipun manusia dapat mengawal pengeluaran gas rumah hijau, menurut draf laporan daripada penasihat iklim sains Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diperoleh AFP.

Kepupusan spesies, lebih banyak penularan penyakit, bahang melampau, keruntuhan ekosistem, bandar-bandar ditenggelami oleh air laut yang meningkat – perkara-perkara ini dan kesan iklim yang buruk semakin pantas dan boleh dilihat semakin jelas berlaku dari semasa ke semasa.

Pilihan masyarakat yang dibuat ketika ini akan menentukan sama ada spesies manusia akan berjaya atau terselamat ketika merungkai abad ke-21, Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC), berkata dalam draf laporan yang disaksikan secara eksklusif oleh AFP.

Tetapi bahaya kesan adalah lebih dekat berbanding disangka, dan kesan meruncing dari pencemaran karbon selama berdekad-dekad tidak dapat dielak dalam tempoh jangka yang pendek.

“Perkara buruk masih belum terjadi, memberikan kesan kepada anak-anak kita dan nyawa nenek mereka lebih lagi berbanding kita sendiri,” menurut laporan.

Gambar fail seorang wanita mengambil air dengan menggunakan pam air di Jalalabad. Kebuluran, kemarau dan penyakit akan menjejaskan puluhan juta orang dalam tempoh sedekad. – AFP

Laporan draf dibuat semasa ‘kesedaran ekosistem’ global dan bertindak sebagai peringatan terhadap janji kosong oleh pihak kerajaan dan korporat di seluruh dunia.

Terdapat empat perkara utama dalam laporan draf, yang mungkin mempunyai sedikit perubahan dalam beberapa bulan akan datang ketika IPCC mengubah fokus untuk rumusan penting bagi penggubal polisi.

Salah satu daripadanya ialah peningkatan 1.1 darjah Celsius setakat ini, iklim sudah berubah.

Sedekad lalu, para saintis percaya dengan mengehadkan pemanasan global kepada dua darjah Celsius di atas paras pertengahan kurun ke-19 sudah cukup untuk memastikan masa depan.

Matlamat tersebut diketengahkan dalam Perjanjian Paris 2015, didukung oleh hampir 200 buah negara yang berikrar untuk secara keseluruhannya ‘di bawah paras’ dua darjah Celsius – dan 1.5 darjah Celsius jika mungkin. – AFP