Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laporan: Penggodam China sasar negara Asia Tenggara

    BANGKOK, 9 DIS – Penggodam China, kemungkinan ditaja negara, dilaporkan secara meluas menyasarkan kerajaan dan organisasi sektor swasta di seluruh Asia Tenggara termasuk mereka yang terbabit secara rapat dengan Beijing dalam projek pembangunan infrastruktur, menurut satu laporan dikeluarkan hari ini oleh sebuah syarikat swasta berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

    Sasaran khusus termasuklah pejabat perdana menteri Thailand dan tentera Thai, angkatan tentera laut Indonesia dan Filipina, dewan parlimen Vietnam dan pejabat pusat Parti Komunis serta Kementerian Pertahanan Malaysia, menurut Kumpulan Insikt, bahagian penyelidikan ancaman di Recorded Future yang berpusat di Massachussets.

    Insikt mengatakan ia yakin bahawa organisasi berprofil tinggi tentera dan kerajaan di Asia Tenggara sudah pun terjejas dalam masa sembilan bulan lalu oleh penggodaman menggunakan malware seperti FunnyDream dan Chinoxy. Malware itu tidak wujud secara umum dan digunakan oleh kumpulan pelbagai yang dipercayai ditaja kerajaan China, kata kumpulan itu.

    Sasaran juga sejajar dengan matlamat politik dan ekonomi kerajaan China, mempertingkatkan syak wasangka bahawa ia ditaja negara, kata Insikt. – AP

    Kenderaan kelihatan di jalan raya di hadapan bangunan utama Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya, Malaysia. Penggodam China, kemungkinan besar ditaja negara, dilaporkan menyasarkan secara meluas kerajaan dan organisasi swasta di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, menurut laporan sebuah syarikat keselamatan siber berpangkalan di AS. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda