Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Laporte lebarkan pendahuluan Dauphine

    LE COTEAU, PERANCIS, 7 JUN – Pelumba basikal Perancis, Christophe Laporte melebarkan pendahuluan keseluruhannya dalam Criterium du Dauphine dengan memenangi peringkat ketiga kelmarin.

    Laporte dari Jumbo-Visma menewaskan pelumba basikal Ireland, Sam Bennett di tempat kedua dan pelumba Belanda, Dylan Groenewegen di tempat ketiga selepas perjalanan sejauh 194.1km tamat di Le Coteau, timur Lyon.

    Berikutan reviu ke atas Bennett dari Bora-Hansgrohe dan Groenewegen dari Team Jayco-Alulua, mereka telah dijatuhkan ke tempat ke-33 dan ke-34 selepas kesalahan menukar barisan.

    Matteo Trentin dari Itali kemudian naik ke tempat kedua dan Milan Menten dari Belgium di tempat ketiga.

    “Saya selalu berkata saya cepat, tetapi tidak cukup pantas untuk menewaskan pelumba itu,” kata Laporte kepada televisyen France 3.

    “Groenewegen sedikit terhalang di sebelah kanan, Bennett kelihatan semakin penat, ia membolehkan saya memintas dari sebelah kiri, ia menggembirakan saya,” tambah pemain berusia 30 tahun itu. – AFP

    Laporte (tengah), meraikan kejayaannya melintasi garisan penamat untuk memenangi peringkat ketiga perlumbaan berbasikal Criterium du Dauphine edisi ke-75, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...